Thursday, April 8, 2010

CARA MENGGUNAKAN NONI PATI AJAIB DENGAN BETUL

Bagaimana caranya menggunakan noni pati ajaib dengan betul?
Noni pati ajaib disarankan diambil 2 kali sehari, semasa bangun tidur dan sebelum tidur. Caranya :
1) Sebaik bangun dari tidur, sebelum berbuat apa-apa (bersugi dan sebagainya), minum seteguk air suam atau air masak sejuk.
2) Titiskan lebih kurang 3-4 titik (hampir suku tiub) menggunakan dropper di bawah lidah dan kemam dalam 2-3 minit sehingga rasa kemasaman hilang.
(PERHATIAN : Pastikan hujung dropper tidak bersentuhan dengan lidah utk mengelakkan ia tercemar air liur basi. Jika terkena, bilas dengan air panas sebelum ditutupkan kembali)
3) Teguk semula air masak atau suam tadi hingga habis.
4) Ulangi sekali lagi malam sebelum tidur mengikut langkah-langkah yang sama.
5) Bagi rawatan luaran (luka-luka, kegatalan, gangrene, sakit mata, katarak dsb), noni pati ajaib boleh terus dititis pada tempat yang sakit.

Pantang perlu dijaga :
1) Elakkan memakan apa-apa makanan dalam jangkamasa setengah jam setelah mengambil noni pati ajaib. Ubat doktor boleh diambil dalam 1 jam selepas mengambil noni pati ajaib.
2) Elakkan dari merokok, meminum minuman berkafein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola, pepsi dalam jangkamasa 2 jam selepas mengambil noni pati ajaib.
3) Kesan-kesan pemulihan boleh dirasai (bagi yg mempunyai penyakit-penyakit kronik dsb) biasanya dalam jangkamasa tertentu. Jangan hentikan pengambilan noni pati ajaib sehingga kesan pemulihan reda dan penyakit dipulihkan sepenuhnya.

Bagaimana noni pati ajaib bertindak?
1) Terdapat 2 enzim utama (proxeronase, proxeronine) yang membentuk xeronine, iaitu enzim utama dalam noni pati ajaib yang mengukuhkan sistem pertahanan badan dalam menentang penyakit-penyakit kronik.
2) Xeronine ini akan bercantum dengan protein dari makanan yang kita ambil untuk berfungsi membina semula sel-sel tubuh, merawat sel-sel yang rosak dan memusnahkan sel-sel yang berpenyakit.
3) Ia akan membina semula sel-sel kulit, tulang dan rambut, menghantar nutrisi ke seluruh badan dan mengawal hormon di dalam badan.
4) Ia mengukuhkan sistem kekebalan tubuh.
5) Ia juga mendetoksifikasi tubuh (membuang toksik-toksik yang terkumpul dalam tubuh sekian lama).