Thursday, April 8, 2010

KANDUNGAN NUTRACEUTICAL DALAM NONI

Hasil-hasil kajian selama berpuluh-puluh tahun oleh berpuluh-puluh orang pakar-pakar pemakanan, perubatan, biologi dan sebagainya menemukan di dalam buah mengkudu atau noni mengandungi kandungan nutraceutical dan nutrisi tumbuhan (phytonutrients) yang cukup lengkap sehingga digelar superfood.

Antara pakar-pakar masyhur yang terlibat dalam kajian ini bermula dari penemuan pertama oleh Dr Ralph Heinicke, yang menemukan kandungan xeronine tertinggi terdapat dalam noni. Xeronine amat penting bagi memastikan kesihatan sel dan pelindung dari penyakit-penyakit berbahaya. Secara amnya xeronine dikeluarkan oleh hati setiap 2 jam sekali ke dalam usus untuk dimanfaatkan oleh sel-sel. Disebabkan faktor umur meningkat, kekurangan zat, faktor pencemaran, kurang aktif, faktor pemakanan dan sebagainya, pengeluaran xeronine akan berkurang sehingga menyebabkan badan mudah dihinggapi penyakit-penyakit moden hari ini. Dr Neil Solomon melakukan kajian keberkesanan jus noni ke atas puluhan ribu pesakit dan mendapati keberkesanan yang luar biasa berbanding buah-buahan atau pemakanan yang lain. Dr Howard Haggard dari Universiti Yale merumuskan noni mengandungi enzim proteolitik yang dapat membantu pergerakan otot-otot perut. Dr Gerson mendapati noni amat baik dalam merendahkan tekanan darah dan kolesterol dan telah mendokumentasi hasil kajiannya dalam keluarga rubiceae (mengkudu tergolong dalam tumbuhan keluarga rubiceae)

Sebahagian dari 60 keluarga nutraceuticals lain yang terdapat dalam sebiji buah noni ialah :-
proxeronase
proxeronine
serotonin
damnacanthal
nordamnacanthal
anthaquinone
caratenoids
morindine
morindadiol
alizarin
terpenes
sterol tumbuhan
ursolic acid
caproic acid
sitosterol
precursor serotonin
enzymes
methionine
tryptophan
valine
histadine
leucine
lysine
phenylalanine
threonine
soranjidiol
scopoletin
rubiadin
chlororubin
glycine
tyrosine
alamine
arginine
glutamate
proline
serine
aspartate
alkaloids
cofactors