Wednesday, April 7, 2010

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN NONI PATI AJAIB

Apakah perbezaan noni pati ajaib Fednoni berbanding jus noni yang lain?
Fednoni ialah pati enzim tulen 100% (pure noni leaven) yang diekstrak menggunakan teknologi tinggi tanpa sebarang campuran jus buah-buahan, gula, pengawet atau perasa. Ia pati pekat tulen dan hanya memerlukan pengambilan dos yang kecil. Ia terhasil dari penapaian buah mengkudu, pengekstrakan anti-graviti dan kaedah tekanan tinggi untuk menjamin keberkesanan nitric oxide formula dalam setiap titisan.
Bolehkan noni pati ajaib diambil semasa perut kosong?
Ya, ia perlu diambil semasa perut kosong, atau sekurang-kurangnya 1/2 jam sebelum makan dan jarakkan 2 jam sebelum mengambil minuman berkafein atau merokok untuk mengelakkan kesannya terjejas oleh asid perut, kafein dan nikotin.
Bolehkah noni pati ajaib diambil oleh wanita mengandung atau menyusukan?
Ya, ia sesuai diambil oleh sesiapa sahaja wanita mengandung atau menyusukan anak. Tetapi pastikan dipantau jika mengidapi penyakit-penyakit darah tinggi atau sebagainya kerana kesan pemulihannya yang agak kuat. Ada testimoni positif wanita menyusukan anak yang menyatakan air susu bertambah.
Bagaimana untuk mendapat kesan optimum dari pengambilan noni pati ajaib?
Pastikan ia diambil sebagaimana cara-cara yang dijelaskan di atas dan menjaga pantang-pantangnya seperti tidak makan dalam 1/2 jam selepas mengambil noni pati ajaib, tidak merokok dan minum minuman berkafein dalam jangkamasa 2 jam, pastikan juga tiub tidak terkena lidah semasa mengambil untuk mengelakkan ia tercemar.
Bolehkah noni pati ajaib digunakan secara luaran & apakah penyakit yang boleh dirawatnya secara luaran?
Noni pati ajaib Fednoni sesuai diambil secara dalaman (titis bawah lidah) atau luaran. Ia boleh terus ditits dan disapu pada tempat luka, gatal-gatal, atau bahagian luaran lainnya.
Adakah noni pati ajaib ini mengandungi campuran bahan kimia atau pengawet tambahan untuk mengekalkan kesegarannya?
Ia tidak mengandungi sebarang campuran bahan kimia atau bahan pengawet. Ia adalah pati tapaian asli yang semulajadi dan kekal lama (sehingga 2 tahun). Semakin lama disimpan semakin baik khasiat dan rasanya.
Bolehkah noni pati ajaib diambil bersama ubatan hospital yang dipreskripsi doktor?
Ia sesuai diambil bersama ubatan hospital dan jarakkan lebih kurang 1 jam semasa pengambilan ubatan untuk menjamin kemujarabannya. Testimoni pengguna mengatakan noni pati ajaib membantu penyerapan ubat dengan lebih berkesan.
Apakah kesan sampingan dari pengambilan noni pati ajaib?
Tiada kesan sampingan dari pengambilan noni pati ajaib jika mengikut dosnya. Kesan cirit-birit didapati jika mengambil secara berlebihan. Kesan pemulihan bergantung pada jenis penyakit yang dihidapi.
Apakah itu krisis pemulihan dari pengambilan noni pati ajaib?

Adakah produk noni pati ajaib diluluskan Kementerian Kesihatan dan adakah ia halal?
Noni pati ajaib diluluskan Kementerian Kesihatan (sila rujuk MAL seperti dibawah). Ia disahkan halal oleh IFANCA dan boleh digunakan di peringkat antarabangsa. Syarikat sedang berusaha mendapatkan sijil kelulusan halal dari pihak JAKIM.
Bolehkah saya mendapatkan noni pati ajaib di Farmasi atau Toko-toko ubat?
Ya, noni pati ajaib boleh didapati di kedai-kedai ubat atau farmasi yang menjadi ahli di bawah B-Swan network. Ia juga boleh didapati di klinik-klinik yang menjadi pengedar berdaftar dengan B-Swan.